Friday, February 14, 2014

Pantun hamba..:)


Penuh santun Belah daging,
Teratak kecil ingin disatu,
Reka pantun untuk bertanding;
Harap tuan Sudi membantu.

Negeri gemas di puncak Sana,
Hendak membeli mutiara Batu,
Warga emas dipandang hina;
salah siapa terjadi begitu?

Menaiki beca pantai berteluk,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Budaya membaca perlu dipupuk;
APA yang perlu kita lakukan?

Mawar mini tidak berduri,
Boleh dipegang di mana-mana,
Internet kini dihujung jari;
Mengapa Ada yang salah guna?

Campak dahan di dalam paya,
Kerana durinya terkena siku,
Pelbagai kemudahan di jalan raya;
Mengapa kemalangan masih berlaku?

     hope Sudi komen..saya sudi mendengar..hehe