Friday, January 10, 2014

karangan pencemaran alam sekitar

  Kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku dinegarakita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikittercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini . adakah kita ingin membiarkanalam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? dimanakah peranan kita sebagaimasyarakat untuk menangani masalah ini? bak kata pepatah melayu, mencegah lebih baik daripadamerawat, oleh itu, alam sekitar yang bersih amat penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkahyang positif perlu dilakukan.Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialahmengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia mendatangkan pencemaran. Hal ini jelasakan mendatangkan impak dalam jangka masa panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkanialah, Penggunaan bahan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan palingketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC)amat bahaya kepada masyarakat Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan olehkerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal inidemikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif . Jika kita lihat pada hari ini,berapkah kilang-kilang yang dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Disini saya memberi contoh, Pelepasan asap dan pembuangan sisa-sisa toksin ke dalam sungai mahupunlaut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihakberkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.Dalam pada itu, kitar semula yang perkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampumenjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kitaboleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak perlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telahdisediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrient bagimenghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Menlalui cara ini, sumbermanusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar

No comments:

Post a Comment